PETALING JAYA – Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, melancarkan program pengajian pertama iaitu Sarjana Profesional dalam Pengurusan Pelabuhan bersama UTMSPACE.
Sarjana Profesional dalam Pengurusan Pelabuhan adalah program pengajian perintis pertama yang diperkenalkan di Malaysia dan direka untuk meningkatkan asas dan pengetahuan operasi profesional pelabuhan bukan sahaja di Malaysia, bahkan di luar negara.
Program pengajian ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam pengurusan pelabuhan dan memperkukuh pengurusan serta pembangunan bakat di dalam komuniti pelabuhan.
Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md. Derick Basir berkata, pihaknya dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran selama 45 tahun dalam industri pelabuhan dan logistik melalui kerjasama dengan UTMSPACE untuk meningkatkan pengetahuan dan keupayaan profesional dalam kalangan pekerja pelabuhan tempatan serta antarabangsa.
“Kerjasama ini juga merupakan suatu anjakan paradigma…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
