Site icon Kool FM

Johor Port, PT Pelindo Jasa Maritim perkukuh sektor maritim


PETALING JAYA – Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC memeterai perjanjian dengan PT Pelindo Jasa Maritim untuk meningkatkan sektor maritim dan memupuk hubungan dua hala yang lebih kukuh antara kedua-dua organisasi.

Majlis Menandatangani Perjanjian berlangsung pada 28 Julai lalu di Hotel Renaissance, Johor Bahru yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md. Derick Basir dan Pengarah Sumber Manusia PT Pelindo Jasa Maritim, Rachmat Prayogi.

PT Pelindo Jasa Maritim merupakan anak syarikat kepada PT Pelabuhan Indonesia (Persero) yang mengendalikan penyediaan perkhidmatan marin, penyelenggaraan peralatan pelabuhan dan perkhidmatan utiliti pelabuhan.

Ia turut memainkan peranan penting dalam menyokong industri maritim di Indonesia dan memudahkan perdagangan dan pengangkutan melalui aktiviti berkaitan pelabuhan.

Dalam perjanjian yang dimeterai, Johor Port melalui JP Skills Centre (JPSC) yang menyediakan latihan kepada pelabuhan tempatan dan serantau, serta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version