Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Johor Southern Tigers Tamatkan Penantian, Muncul Juara Major Basketball League Malaysia

today12 January 2025

Background
Johor Southern Tigers


Johor Southern Tigers menjuarai gelaran pertama mereka dalam Major Basketball League Malaysia (MBL) 2024/25 selepas mencatatkan kemenangan 83-66 ke atas Penang Sunrise Youngsters dalam perlawanan kedua aksi final, malam tadi.

Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan Johor Southern Tigers menamatkan siri dengan kemenangan 2-0.

Baca Juga:

Kemenangan ini juga turut menamatkan penantian mereka selepas dua musim berturut-turut Tigers menamatkan saingan sebagai naib juara.

Jabari Carl Bird muncul wira untuk Johor Southern Tigers dengan sumbangan 23 mata, 8 ‘rebound’, dan 5 ‘steal’, manakala Anigwe menambah 16 mata dan 13 ‘rebound’.

Manakala, John Wong Khai Chiek turut memberi impak besar buat pasukan juara itu dengan 13 mata.

Bagi Penang Sunrise Youngsters, Frederick Lish mencatatkan 18 mata dan 6 bantuan, sementara Jayson Lee Shu Wen dan Yevgen Sakhniuk masing-masing menyumbang 13 dan 12 mata.

Pemain Johor Southern Tigers meraikan kejuaraan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Maresca tabik kesungguhan pemain Chelsea

London: Ketua jurulatih Chelsea, Enzo Maresca memuji persembahan yang “serius dan profesional” daripada pasukannya selepas mereka meraih kemenangan besar 5-0 ke atas pasukan Liga Dua, Morecambe dalam pusingan ketiga Piala FA.

today12 January 2025