Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) hari ini mengumumkan kemasukan pemain import baharu, Jonathan Balotelli bagi mengisi posisi penyerang untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2023.
Bola sepak Asia tidak asing bagi pemain dari Brazil itu kerana musim lepas beliau beraksi bersama kelab divisyen 2 Korea Selatan, Jeonnam Dragons. Sebelum ini, Balotelli pernah beraksi dalam saingan Liga Qatar dengan kelab Al Gharafa pada musim 2017-18.
Ketajaman Balotelli yang kini berusia 33 tahun ditagih bagi menjadi senjata pemusnah Sang Kenari berganding dengan seorang lagi penyerang import, William Lira. Balo akan menggunakan jersi bernombor 89 KDA FC pada musim 2023.
JONATHAN BALOTELLI, SELAMAT DATANG KE KELUARGA SANG KENARI!
Jonathan Boareto dos Reis diikat bersama KDA FC selama setahun dan rekod beliau di Liga K2 (Korea Selatan) telah menarik perhatian Nafuzi Zain.
Info penuh: https://t.co/ZbsGdxATQ6
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: