Site icon Kool FM

Jordan Mudah Tundukkan Malaysia 4-0

Malaysia Jordan


Segalanya serba tidak menjadi buat Malaysia pada babak pertama hingga menyebabkan skuad negara tumbang 0-4 ditangan Jordan pada aksi sulung kumpulan E Piala Asia 2023 yang berlangsung di Al Janoub Stadium, Doha sebentar tadi.

Ketika harapan menggunung disandarkan untuk melakukan kejutan, barisan pemain negara jelas tidak berada di tahap terbaik dan kelihatan agak kaku dan gugup terutamanya pada 30 minit awal permainan dengan taktikal ‘bek bertiga’.

Artikel Berkaitan:

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya Jordan yang bijak merangka serangan-serangan berbahaya bagi menjerat anak buah Kim Pan-gon.

Ia dimulakan dengan jaringan pembukaan pada minit ke-12 menerusi percubaan melencong dari luar kawasan penalti oleh Mahmoud Al-Mardi yang membuatkan Ahmad Syihan Hazmi terkapai-kapai gagal menghalang gawangnya daripada dibolosi.

Kedudukan berubah berselang enam minit kemudian selepas Mousa Al-Taamari menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan ekoran kekasaran dilakukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version