Pengurus Fenerbahce, Jose Mourinho tanpa berselindung menyatakan kesediaannya untuk kembali membimbing kelab English Premier League (EPL).
EPL nyata bukan asing buat pengendali kelahiran Portugal itu kerana sebelum ini beliau pernah menggalas tanggungjawab berat bersama Chelsea, Manchester United dan Tottenham Hotspur.
Baca Juga:
Ketika bersama Chelsea, beliau telah mengecapi nikmat selaku juara EPL pada musim 2004/05, 2005/06 dan 2014/15 serta menjulang Piala FA 2006/ 207.
Manakala, Mourinho turut pernah membawa Manchester United menjuarai Europa League dan Piala Liga 2016/17. Beliau hanya gagal memberikan sebarang piala buat Tottenham Hotspur.
Kali ini, Mourinho merasakan sudah tiba masanya buat beliau untuk mengubah nasib pasukan di tangga bawahan liga paling popular di dunia itu.
“Perkara terbaik yang perlu saya lakukan apabila saya memilih untuk meninggalkan Fenerbahce ialah pergi ke kelab (EPL) yang tidak bermain di kejohanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: