José Luis Mato Sanmartín atau lebih dikenali sebagai Joselu memainkan peranan penting dalam membawa Real Madrid mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2023/24.
Meskipun hanya dimasukkan pada minit ke-81, penyerang berusia 34 tahun itu menjaringkan dua gol untuk menewaskan Bayern Munich 2-1 (agregat 4-3) di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Baca Juga:
Kemenangan yang sekali gus memastikan pertemuan final dengan Borussia Dortmund pada 1 Jun ini di Stadium Wembley, London.
Aksi separuh akhir kedua tersebut berlangsung dengan cukup sengit apabila kedua-dua pasukan berusaha keras untuk memburu jaringan.
Namun, Andriy Lunin dan Manuel Neuer cemerlang dalam menggagalkan usaha yang direncanakan oleh penyerang lawan masing-masing.
Real Madrid bagaimanapun tersentak pada minit ke-68 selepas Alphonso Davies meledakkan percubaan menarik untuk membuka tirai jaringan.
Berselang tiga minit kemudian, jaringan dihasilkan tuan rumah dibatalkan oleh Video Assistant Referee…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: