Mahkamah Tinggi di sini telah mengarahkan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, untuk membayar RM10 juta kepada dua syarikat, Bina Pragmatik Sdn Berhad dan Cekap Air Sdn Bhd, dalam kes saman melibatkan hutang pinjaman persahabatan.
Menurut Harian Metro, keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin pada 2 dan 4 April lalu.
Mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua syarikat tersebut untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Jovian.
Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah membuat keputusan berdasarkan hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan tanpa memanggil saksi.
Firma guaman Tetuan Saiful, Roger & Co yang mewakili kedua-dua syarikat telah mengesahkan perkara ini kepada media.
Bagaimanapun, Jovian telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut pada 30 April lalu.
Kes saman ini bermula apabila kedua-dua syarikat, secara berasingan, menuntut bayaran balik pinjaman persahabatan sebanyak RM5 juta yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: