Site icon Kool FM

Jovian Diarah Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat, Gagal Lunaskan ‘Pinjaman Persahabatan’


Tuntutan dibuat oleh kenalan kepada Pengarah Cekap Air iaitu Yong Zhen Wei dan Pengarah Bina Pragmatik iaitu Azirul Salihin.

Difahamkan, Cekap Air yelah meminjamkan duit sebanyak RM5 juta kepada Jovian atas permintaan lisan. Manakala, Bina Pragmatik juga meminjamkan amaun yang sama dengan memindahkan wang ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili Jovian.

Kedua-dua plaintif berkata pinjaman persahabatan itu perlu dilunaskan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Perjanjian dilakukan secara lisan dan kasual kerana peminjam dan Jovian adalah kenalan dan mereka tiada sebab untuk meragui Jovian kerana dia mempunyai perniagaan lain.

Bagaimanapun, kedua-dua plaintif mendakwa defendan telah memungkiri perjanjian pinjaman itu dan sehingga kini gagal membayar semula sehingga mereka mengalami kerugian.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version