Site icon Kool FM

JPA Tubuh Pasukan Khas Kaji Waktu Kerja Empat Hari Seminggu




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil maklum tuntutan daripada beberapa pihak yang inginkan kerajaan melihat pelaksaan waktu kerja empat hari dalam seminggu.

Justeru, satu pasukan khas yang akan mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu telah pun ditubuhkan oleh JPA bagi melihat sektor mana serta jumlah waktu minimum dan maksimum bekerja selaras dengan Akta Pekerja 1955 sebelum sebarang keputusan diambi.

Tambah beliau lagi, untuk menjalankan satu sistem kerja yang baharu, kerajaan perlu perhalusi pelbagai faktor kerana bidang pekerjaan yang ada sekarang ini sudah pelbagai selain jumlah hari bekerja dan masa rehat yang perlu diteliti.

“Dahulu beberapa negara di Eropah juga pernah melaksanakan cuti empat hari seminggu ini tetapi mengikut bidang kerja yang tertentu sahaja,” katanya kepada

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version