Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pemasangan kamera papan pemuka (dashcam) pada semua kenderaan pengangkutan awam.
Penolong Pengarah (Operasi) JPJ, Mohd Alifarihan Abdullah berkata, peraturan sedia ada pada masa ini hanya mewajibkan kenderaan tersebut dilengkapi dengan sistem GPS, petik Malay Mail.

Baca Juga:
“Lesen dan syarat bagi kenderaan pengangkutan awam setakat ini hanya mewajibkan penggunaan GPS, sebab itulah cadangan untuk mewajibkan dashcam dilihat sebagai satu idea yang baik. Tapi buat masa ini, hanya GPS yang diwajibkan,” katanya dalam satu forum bertajuk ‘Jalan Raya Bukan Milik Geng Basikal’ yang berlangsung di Pantai Dalam baru-baru ini.
Cadangan ini timbul susulan satu video tular yang menunjukkan sebuah bas pengantara MRT memandu terlalu dekat dengan sekumpulan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
