Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

JPJ Panggil Semula 3,722 Kereta Perodua Alza, Aruz, Motosikal Honda CB350RS Keluaran 2024

today4 November 2024

Background


Menerusi dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata ia membabitkan sebanyak 2,518 kereta Perodua Alza 1500 x (CVT), 1500 H (CVT) dan 1500 AV (CVT), 1,139 Perodua Aruz 1500 X dan 1500 AV kerana berkaitan masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi.

Katanya, bagi 65 motosikal Honda CB35ORS pula berkaitan permasalahan pada sensor kelajuan roda menyebabkan sistem brek antikunci (ABS), ‘traction control’ dan meter had laju tidak tepat.

“Setiap pemilik kenderaan terbabit akan dihubungi Perodua Manufacturing Sdn Bhd (Perodua) dan Boon Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew Honda).

“la bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing atau pemilik kenderaan turut dibenarkan hadir secara ‘walk-in’ ke mana-mana pusat servis pusat servis yang berhampiran di seluruh negara,” katanya.

Malah, mana-mana komponen terbabit dengan isu itu akan digantikan dengan kos ditanggung pihak syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

Nageeye, Sheila takluk Maraton New York

New York: Abdi Nageeye dari Belanda memenangi gelaran maraton utama pertamanya manakala Sheila Chepkirui dari Kenya muncul juara dalam penampilan pertamanya pada acara Maraton New York ke-53, semalam.

today4 November 2024