Site icon Kool FM

JPJ Perkenal Lesen Memandu Fizikal Berwajah Baru, Akan Diedarkan Secara Berperingkat


Menerusi laporan Buletin TV3, cetakan fizikal kad LMM versi baharu itu bagaimanapun hanya dibenarkan untuk pemohon kategori warganegara yang akan ke luar negara.

“Versi terkini ini berupaya mencegah unsur pengubahsuaian dan pemalsuan kad serta mempunyai daya tahan penggunaan untuk tempoh maksimum 10 tahun.

“Manakala dari aspek reka bentuk ilustrasi, LMM versi terkini mempunyai gambar latar belakang yang memaparkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan, serta Istana Negara dan motif abstrak flora pada bahagian belakang.

“Cetakan kad LMM untuk kategori yang dibenarkan pada masa ini sudah berlangsung secara berperingkat di cawangan JPJ tertentu bagi memberi masa kepada tempoh peralihan daripada sistem kad versi sebelumnya kepada versi terkini,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version