
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka telah menyita sebuah kenderaan mewah jenis BMW dipandu seorang ahli perniagaan warga Bangladesh dalam satu operasi ‘Ops Luxury’.
Pengarah JPJ Melaka Siti Zarina Mohd Yusop berkata, kenderaan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Bukit Rambai pada 20 Januari lalu, petik Harian Metro.
Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit memiliki lesen memandu yang sah. Bagaimanapun Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) serta perlindungan insurans kenderaan berkenaan sudah tamat tempoh.
“Sitaan dibuat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kenderaan mewah itu merupakan antara 85 kenderaan yang diambil tindakan hasil pemeriksaan ke atas 579 kenderaan sepanjang operasi dijalankan,” katanya selepas Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Paya Rumput, di sini, malam tadi.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: