
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan penggunaan dashcam bagi semua pengguna jalan raya sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh penguatkuasaan dan keselamatan jalan raya.
Mohd Rozi Jidin, Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/Kawalan Trafik/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman berkata, buat masa ini dashcam masih dianggap sebagai aksesori dan tidak diwajibkan, petik Astro Awani.
Namun sudah tiba masanya perkara itu dinilai semula oleh pihak berkuasa, terutamanya Kementerian Pengangkutan.
Beliau menambah bahawa cadangan ini bertujuan agar orang awam dapat menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa.
“Sudah tiba masanya negara kita mungkin boleh menetapkan syarat atau kewajipan. Buat masa ini ia tidak wajib, lebih kepada aksesori, tetapi mungkin sudah tiba masanya untuk kita mewajibkannya supaya semua pengguna jalan raya boleh menjadi mata pihak berkuasa, di mana…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
