Kool FM

Jual 113 Jenis Minuman Di Bazaar Ramadan Raih RM7,000 Sehari


Tahun ini, seorang vendor minuman di Bazaar Ramadan Kuala Besut, Terengganu, boleh ‘raya sakan’ selepas meraih keuntungan sehingga RM7,000 sehari dengan menjual 113 jenis minuman.

Suriane Abdullah, 29, mengambil risiko besar dengan menawarkan lebih 100 variasi minuman kepada pelanggannya.

Berbanding tahun lepas, beliau menambah lebih 30 jenis minuman baharu, menjadikan pilihan di gerainya antara yang paling pelbagai di bazaar tersebut.

Antara minuman yang ditawarkan termasuk 40 jenis minuman berperisa, 50 jenis mixed shake, tujuh minuman boba, lapan float drink, lima jus buah, laici kang, cendol, dan gabungan unik cendol dengan laici kang.

Ramadan

Dalam temubualnya bersama Utusan, Surianie akui, menjual pelbagai jenis minuman seperti ini adalah satu risiko kerana tiada penjual lain di sini yang menawarkan pilihan sebanyak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version