
Pada awal Ramadan baru-baru ini tular isu satu gerai bazar Ramadan menjual karipap pada harga yang kurang munasabah.
Susulan itu, sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan ke atas gerai tersebut.
Baca Juga:
“Hasil pemeriksaan mendapati tanda harga ada dipamerkan dengan jelas dan harga jualan yang ditetapkan adalah RM10.00 bagi empat (4) biji karipap bagi setiap jenis,” kata KPDN.
Menurut pekerja warga tempatan gerai tersebut, harga jualan karipap adalah sama seperti tahun 2025 lalu walaupun pembekal karipap sejuk beku telah menaikkan harga.
“Satu (1) Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah diserahkan melibatkan lima (5) SKU iaitu Karipap Kentang, Sardin, Ayam, Daging dan Daging BP.
“Pihak yang disiasat diberi tempoh tiga (3) hari bekerja sehingga 25 Februari 2026 untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
