Site icon Kool FM

Jual pesawat A380-800, satu keputusan tepat


PETALING JAYA – Keputusan Malaysia Aviation Group (MAG) untuk melepaskan enam pesawat super jumbo miliknya, Airbus A380-800 dianggap selari dengan strategi pemulihan syarikat pasca pandemik.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, syarikat induk penerbangan nasional, Malaysia Airlines itu memilih strategi untuk mengukuh­kan perniagaan pe­nerbangan domestik dan serantau, yang dilihat kurang berisiko kepada Kumpulan berbanding penerbangan jarak jauh.

Jelasnya, ia dapat dilihat menerusi pengumuman pemerolehan 20 pesawat pengangkut badan lebar, A330neo oleh MAG baru-baru ini yang sesuai untuk penerbangan jarak sederhana.

“Saya lihat prospek penggunaan A380 ini masih ada kerana boleh memberi penjimatan untuk penerbangan jarak jauh, namun Malaysia Airlines sukar mendapatkan kapasiti penuh untuk pesawat ini jadi setiap kali penerbangan dilakukan ia berisiko mengalami kerugian.

“Ini faktor utama mereka memilih untuk menjual,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version