Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jual Sushi Tercemar Di Bazaar Ramadan, Peniaga Didenda RM700

today26 July 2026

Background
Jual Sushi Tercemar Di Bazaar Ramadan, Peniaga Didenda RM700


Seorang peniaga makanan didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjual sushi yang tercemar dengan bakteria berbahaya, Februari lalu.

Tertuduh, Khairul Fazlan Ab Aziz, 33, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak, petik Buletin TV3.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama sebulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menjual makanan sedia dimakan iaitu Sushi Miniroll Chicken Floss yang tercemar kepada seorang pegawai berkuasa di Bazar Ramadan Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, di sini kira-kira jam 4.50 petang pada 22 Februari lalu.

Hasil analisis makmal mendapati sampel makanan berkenaan mengandungi bakteria Staphylococcus aureus pada kadar 5.5 × 10² CFU/g, sekali gus mengesahkan hidangan tersebut terdedah kepada pencemaran mikroorganisma…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post