SHAH ALAM – Penganjuran Jualan Ehsan Rahmah (JER) akan tetap akan dilaksanakan seperti biasa dan tidak dikurangkan, meskipun kerajaan bakal memperluaskan Program Jualan Rahmah Madani dengan tambahan peruntukan RM300 juta.
Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim, pelaksanaan JER sebaliknya akan diselaraskan dengan Jualan Rahmah Madani agar ia dapat memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk di negeri ini mendapatkan akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan.
“Kita akan tengok pelaksanaan mereka (Program Rahmah MADANI) dan selaraskan. Tapi dari pihak negeri, usaha sedia ada tetap diteruskan kerana kita tahu lebih ramai rakyat akan mendapat faedah, sama ada daripada program kerajaan persekutuan atau negeri.
“Kita bukan nak kurangkan tapi beri liputan lebih luas kepada rakyat. Saya rasa ini satu berita baik yang diumumkan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Produk Sejuk Beku Jenama Ehsan di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
