Honda Malaysia menggesa kerajaan untuk membuka semula sektor automotif di bawah pematuhan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat agar tidak memberi kesan jangka panjang kepada pemain dalam sektor berkenaan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, usaha ini penting untuk mengelakkan penutupan perniagaan dalam rangkaian kumpulan dan juga seterusnya pemberhentian kakitangan.
Menurut beliau, operasi perniagaan termasuk kilang syarikat di Pegoh, Melaka, pejabat jualan dan juga pusat pameran yang dikendalikan oleh pengedarnya telah ditutup sejak bulan Jun lalu bagi mematuhi pelaksanaan penutupan penuh ekonomi bagi mengekal pandemik Covid-19.
“Oleh kerana operasi perkhidmatan selepas jualan dan perkilangan yang dihadkan, pastinya jualan syarikat akan terjejas.
“Jualan kenderaan Honda Malaysia mencatat penurunan sebanyak 52 peratus tahun ke tahun pada bulan Mei hingga Julai lalu.

“Kami juga hanya menjual 5,700 unit…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: