PETALING JAYA – Bermula hari ini, orang ramai yang masih mencari keperluan hari raya khususnya yang berjenama dan berkualiti, boleh mendapatkan fesyen pilihan masing-masing secara online dan offline di butik fizikal melalui tawaran jualan harga runtuh, JBoxing.
Acara tahunan yang dinantikan oleh peminat jenama fesyen daripada syarikat Jovian Apparel Sdn. Bhd. itu boleh mendapatkan fesyen pakaian masing-masing melalui butik fizikalnya yang dikenali sebagai JStore dengan harga tawaran serendah RM1.
Tawaran itu juga menawarkan diskaun antara 30 hingga 90 peratus untuk semua koleksi baharu dan lama.
Pengasas syarikat, Datuk Jovian Mandagie berkata, jualan runtuh ‘boxing day’ itu akan menjadi inisiatif membantu rakyat membuat persiapan menyambut Syawal dengan meriah tanpa perlu berbelanja besar.
“Fokus utama penganjuran jualan runtuh ini adalah untuk meraikan seisi keluarga dan menggalakkan lebih ramai orang berkunjung ke outlet JStore kami.

“Jualan secara online iaitu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
