PETALING JAYA – Industri automotif negara dijangka bakal menyaksikan penurunan dalam jumlah jualan kenderaan pada tahun depan, dipengaruhi oleh pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.
Kenanga Investment Bank Bhd. (Kenanga) dalam nota kajian yang dikeluarkan baru-baru ini berkata, pihaknya mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) pada 2024 sebanyak 710,000 unit, iaitu 7.8 peratus lebih rendah berbanding jangkaan tahun ini pada 770,000 unit.
Menurut Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab. Aziz, rasionalisasi subsidi mungkin menjejaskan permintaan untuk model pasaran pertengahan.
“Pada masa sama, kami optimis terhadap jualan kenderaan dalam segmen mampu milik apabila kumpulan B40 yang menjadi sasaran utamanya terhindar daripada kesan rasionalisasi subsidi, malah berpotensi mendapat manfaat daripada pengenalan model gaji progresif,” katanya.
November lalu, TIV merekodkan 71,908 unit, iaitu 10 peratus lebih tinggi tahun ke tahun untuk mencatatkan jumlah keseluruhan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
