PETALING JAYA – Pakar kecerdasan buatan, G3 Global Berhad (G3 Global) melengkapkan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY2021) dengan prestasi positif sebagaimana perolehan sukuan Kumpulan melonjak ke tahap tertinggi dalam tempoh lebih empat tahun.
Bahagian penjagaan kesihatan menunjukkan prestasi cemerlang di mana pendapatan meningkat lebih banyak 700 peratus, suku ke suku berikutan jualan kukuh kit antigen Covid-19, yang mendorong G3 Global mendekati sasaran pemulihannya.
Pengarah Urusannya, Dirk Quinten berkata, G3 Global yang juga membekal Internet-of-Things (IoT) berkaitan objek dan penyampaian penyelesaian data berasaskan awan, merekodkan perolehan RM18.79 juta di dalam suku keempat 2021 mewakili pertumbuhan kukuh lebih dari lapan kali tahun ke tahun.
Kumpulan mencatatkan hasil RM2.29 juta pada suku tahun sebelumnya.

“Pemulihan kewangan Kumpulan telah melonjak berikutan pembabitan di dalam sektor penjagaan kesihatan menerusi pengambilalihan 51…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
