Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Jualan, permintaan domestik kukuh, pacu perolehan Nestle kepada RM1.69 bilion suku keempat

today27 February 2024

Background


PETALING JAYA – Nestle Malaysia mencatat perolehan sebanyak RM1.69 bilion dengan kenaikan 2.3 peratus bagi suku keempat tahun kewangan 2023  (S4) dipacu oleh pertumbuhan domestik positif dan penurunan kecil jualan eksport berbanding paras jualan yang tinggi pada tahun sebelumnya.

Untung Sebelum Cukai dalam tempoh tersebut pula lebih rendah sedikit berjumlah RM176.7 juta, terutamanya disebabkan perbelanjaan operasi lebih tinggi. 

Untung Selepas Cukai meningkat kepada RM148.1 juta, terutamanya ekoran ketiadaan Cukai Makmur yang dikenakan pada tahun 2022.

Bagi tahun penuh berakhir 31 Disember 2023, Kumpulan mencatat perolehan sebanyak RM7.05 bilion, iaitu kenaikan 5.8 peratus  berbanding RM6.66 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Jualan domestik kekal sebagai pemacu utama, didorong oleh permintaan pengguna yang tetap kukuh. Namun angka ini diimbangi sebahagiannya oleh jualan eksport lebih rendah berbanding 2022, dengan lonjakan ketara berlaku berikutan pelonggaran sekatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Beasley isytihar persembahan di India

Kuala Lumpur: Pengarah Teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley melihat skuad berbasikal trek negara berjaya menampilkan prestasi cemerlang di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi India yang berlangsung pada minggu lepas.

today27 February 2024