PETALING JAYA – Proton Holdings Berhad (Proton) mencatat jualan yang berkurangan pada bulan Januari lalu sebanyak 25.3 peratus kepada 4,453 unit berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dengan anggaran pegangan pasaran domestik sebanyak 11.3 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pengurangan jualan ini adalah kerana kekurangan stok yang tersedia.
Menurutnya, walaupun kilang pengeluaran Proton di Shah Alam dan Tanjung Malim tidak terjejas akibat banjir pada bulan Disember, vendor syarikat pula tidak bernasib baik.
Ramai yang mempunyai kemudahan pengeluaran di Shah Alam terjejas oleh banjir dan dalam masa yang sama ia turut memberi kesan langsung ke atas jumlah pengeluaran pada bulan Januari yang menyebabkan kekurangan unit untuk memenuhi pesanan.

“Selepas menamatkan tahun 2021 dengan kejayaan, Januari merupakan bulan yang sangat sukar bagi Proton, situasi kekurangan bekalan kami menjadi lebih ketara apabila terdapat kekurangan dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
