PETALING JAYA – Syarikat kereta tempatan, Proton berjaya menjual sebanyak 10,380 unit kenderaan pada September lalu, iaitu bulan pertama selepas berakhirnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Prestasi tersebut membolehkan Proton mengekalkan kedudukan kedua dalam kalangan pengeluar kenderaan di negara ini, dengan anggaran pegangan pasaran tahun ini sekitar 23 peratus, berbanding 20.7 peratus untuk keseluruhan tahun 2020.
Model Proton Saga terus memacu jualan dengan 3,907 unit terjual pada September, diikuti model kenderaan utiliti sukan (SUV), X50 dan X70, masing-masing pada 2,431 dan 1,577 unit.
Proton Persona dan Iriz 2022 yang baharu dilancarkan turut mencatatkan prestasi memberangsangkan, dengan 1,440 unit terjual untuk Persona dan 749 unit bagi Iriz.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, Proton sebenarnya mampu menjual lebih daripada 10,380 unit, namun proses pemulihan pandemik masih memberi kesan kepada pembekal-pembekal dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
