Site icon Kool FM

Jualan Shopee cecah RM4.65 bilion pada 11.11


PETALING JAYA – Shopee berjaya membuat rekod baharu dalam jualan globalnya setelah mencatat jumlah nilai dagangan sebanyak AS$1 bilion (RM4.65 bilion) pada 11 November lalu atau lebih dikenali sebagai 11.11 Jualan Hebat.

Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, ini adalah jualan terbesar syarikat yang pernah dicatatnya.

Lebih menarik, lebih 1.3 juta produk terjual dalam dua jam pertama ketika 11.11 Jualan Hebat.

“Kami amat menghargai rakan jenama, penjual, dan pembeli atas sokongan mereka selama ini di mana tanpa mereka, kami tidak akan mencapai kejayaan ini.

“Kami kekal berdedikasi untuk membawakan pengalaman membeli-belah terbaik dan inovasi berterusan untuk pengguna kami.

“Pemerkasaan strategik penjual tempatan juga memainkan peranan penting untuk membolehkan kami menyokong dan membolehkan perniagaan berkembang maju dalam ruang digital,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Produk fesyen mendominasi pencarian ketika hari kemuncak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version