PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca), pengeluar upholsteri automotif, mencatat prestasi keputusan kewangan yang luar biasa pada suku pertama untuk tempoh kewangan yang berakhir pada 30 September 2023 disumbang oleh peningkatan jualan sarung tempat duduk kereta.
Faktor kecekapan operasi yang lebih baik turut menyumbang kepada peningkatan 56 peratus dalam keuntungan bersih Kumpulan.
Pecca juga mencatatkan rekod keuntungan bersih suku tahunan sebanyak RM13.01 juta pada suku pertama fiskal 2024, berbanding RM8.35 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.
Pendapatan meningkat 17 peratus tahun ke tahun kepada RM64.05 juta, daripada RM54.86 juta tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif, Foo Ken Nee berkata, pada suku pertama TK2024, pendapatan Kumpulan didorong oleh permintaan untuk upholsteri kulit dan jahitan sarung kerusi fabrik kereta.
Subsegmen ini masing-masing menyumbang kira-kira 90 peratus dan lima peratus daripada jumlah pendapatan keseluruhan Kumpulan.
Segmen…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
