Juara Gegar Vaganza musim ke-7, penyanyi rock tanah air, Cliff Umar mengaku bersalah memiliki dadah jenis heroin di Mahkamah Majistret pada Ahad.
Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph, 42, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana.

Menurut BH Online, Cliff didakwa memiliki heroin seberat 0.39 gram. Dia melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada 26 Mei lalu kira kira 3.30 petang.
Cliff Umar melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama.
Sabit kesalahan, ayah kepada 4 orang anak itu boleh dipenjara 5 tahun atau denda tidak melebih RM100,000 – atau kedua duanya sekali.
Cliff Umar mengaku miliki heroin#BHkes Didakwa memiliki heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada jam 3.30 petang, 26 Mei lalu
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
