Pasukan Sepak Takraw Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan sebagai juara Dragons Cup 2025 selepas menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan peringkat antarabangsa yang berlangsung di Elmshorn, Jerman pada 14 dan 15 Jun lalu.
Pasukan yang diwakili oleh pelajar Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI itu menewaskan pasukan tuan rumah dalam kedua-dua kategori iaitu beregu dan regu pada perlawanan akhir, sekali gus menamatkan kempen kejohanan tanpa sebarang kekalahan.
Kejohanan itu turut disertai 17 pasukan dari seluruh Eropah termasuk Perancis, Belgium dan Switzerland.
UPSI turut membuktikan keunggulan apabila menumpaskan juara bertahan, Universiti Heidelberg dari Jerman dengan keputusan 2–0 dalam perlawanan peringkat kumpulan.
Pada aksi final, UPSI menewaskan kelab tempatan Elmshorn juga dengan keputusan 2–0.
Jurulatih pasukan, Mohd Fadzlan Shah, berkata kejayaan itu adalah hasil latihan intensif serta perancangan strategi yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: