PETALING JAYA – Jumlah kediaman yang telah siap dibina di negara ini dan tidak dapat jual telah meningkat lebih 100 peratus dalam tempoh 10 tahun lalu.
Ia melibatkan sebanyak 25,816 unit tahun lalu berbanding 12,551 unit pada 2013.
Pengarah Kajian dan Pendidikan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA), Malathi Thevendran berkata, sebanyak 7,592 unit daripadanya adalah kediaman berharga RM300,000 dan ke bawah.
Menurut beliau, terdapat 433,136 isi rumah dengan pendapatan bawah RM2,000 (lima peratus daripada 8.66 juta isi rumah di negara ini).
Pada tahun 2022, jumlah rumah siap di bawah inisiatif perumahan utama kerajaan (Program Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat, Kediaman Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PR1MA) berjumlah 212,328 unit.
“Ini memenuhi 50 peratus daripada keperluan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan Rumah Mampu Milik II, Merapatkan Jurang: Pendekatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: