Jumlah kematian banjir di Shah Alam semakin meningkat dan terbaharu empat lagi mayat dipercayai mangsa banjir ditemui di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25, dekat sini sehingga jam 7 malam semalam. Kematian itu membabitkan dua lelaki dan dua wanita manakala bangsa atau warganegara mereka belum dikenal pasti.
Baca juga: Tiga Termasuk Seorang Kanak-Kanak Hilang Dibawa Arus Banjir
JUMLAH KEMATIAN BANJIR MENINGKAT, 4 LAGI MAYAT DITEMUI
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pertambahan ini menjadi jumlah korban banjir di Shah Alam adalah 12 orang.
“Pertambahan empat kematian hari ini menjadikan jumlah terkini korban banjir di Shah Alam adalah 12 orang iaitu tujuh lelaki dan lima perempuan.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut ‘Sudden Death Report’…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: