Site icon Kool FM

Jumlah pendatang asing berniaga meningkat, edar rokok, alkohol haram


PETALING JAYA – Advokasi Perusahaan dan Industri (API) memakluman bahawa terdapatnya trend peningkatan jumlah perniagaan di seluruh Malaysia yang dikendalikan secara haram oleh warga asing yang pastinya ia akan memberi masalah  kelihatan di jalanan dan deretan kedai di setiap bandar utama.

Pengarah Urusan API, Datuk Fazli Nordin berkata, lebih membimbangkan adalah  ramainya warga asing ini  menjalankan perniagaan tanpa lesen tetapi turut terlibat dalam perdagangan tidak sah, termasuk penjualan dan pengedaran rokok dan alkohol haram.

Menurut beliau, perkembangan ini amat jelas apabila melihat warga asing yang memasuki negara menggunakan pas lawatan sosial atau pelancong, membuka perniagaan, dan dalam banyak kes menggunakan operasi tersebut sebagai cara untuk mengedarkan barangan seludup, khususnya rokok dan alkohol haram.

“Warga asing mengambil kesempatan terhadap kelompongan dalam sistem. Mereka membuka kedai, beroperasi secara terbuka, dan tidak lama kemudian terlibat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version