PETALING JAYA – Bilangan penganggur di Malaysia berkurangan kepada bawah paras 700,000 orang buat pertama kali sejak April 2020, menurut Statistik Tenaga Buruh dikeluarkan Jabatan Perangkaan semalam.
Kadar pengangguran November 2021 direkodkan pada 4.3 peratus melibatkan 694,400 penganggur, berbanding 705,000 orang Oktober lalu.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, kedudukan tenaga buruh pada November kekal stabil dengan peningkatan guna tenaga yang berterusan dan penurunan dalam bilangan penganggur.
Jelasnya, ia berikutan pengoperasian semula lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial yang merangsang kesan positif terhadap pasaran buruh, manakala kadar vaksinasi lengkap keseluruhan terus meningkat sementara bilangan kes harian Covid-19 semakin berkurang.
“Situasi menggalakkan ini juga telah mendorong kepada lebih banyak aktiviti perjalanan dalam dan luar negara pada bulan tersebut, yang selanjutnya turut mempengaruhi pasaran buruh,” katanya dalam satu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: