PETALING JAYA – Jumlah pergerakan penumpang domestik dan antarabangsa di Malaysia terus mencatat pertumbuhan yang baik iaitu kira-kira 10 peratus pada bulan Mac 2023 berbanding Februari lalu masing-masing sebanyak tiga juta orang dan 3.7 juta orang.
Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, kadar pertumbuhan yang konsisten bagi bulan Mac itu menjadikan jumlah terkumpul pergerakan pelancong sehingga kini adalah sebanyak 18.7 juta orang, naik 125 peratus daripada 8.3 juta penumpang dalam tempoh yang sama tahun 2022.
Bagi peringkat kumpulan pula, Malaysia Airports merekodkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 9.4 juta pada bulan Mac lalu dan Lapangan terbang antarabangsa Istanbul Sabiha Gocken (SAW) di Turkiye merekodkan sebanyak 2.8 juta penumpang pada bulan Mac dengan pertumbuhan 10 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Sektor antarabangsa menyumbang dengan ketara kepada SAW dengan pertumbuhan 10 peratus jumlah pergerakan penumpang bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: