Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Juneyao Airlines terbang terus ke Kuala Lumpur

today23 April 2025

Background


GEORGE TOWN – Syarikat penerbangan dari China, Juneyao Airlines, secara rasmi akan melancarkan laluan penerbangan terus antara Shanghai dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun ini, sekali gus memperkukuh jaringan udara antara China dan Malaysia.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, laluan itu melengkapkan laluan pelancongan dua hala antara Shanghai ke Pulau Pinang dan Shanghai ke Kuala Lumpur.

”Laluan ini menjadi satu rangkaian pelancongan strategik yang memberi fleksibiliti maksimum kepada pelancong dari China.

”Dengan sambungan ini, pelancong boleh memilih untuk tiba di Shanghai dan mendarat di Pulau Pinang, kemudian ke Kuala Lumpur sebelum pulang ke Shanghai atau sebaliknya. Ini membentuk satu corak perjalanan yang komprehensif dan efisien,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hon Wai, pelancaran laluan baharu itu juga menyokong pembangunan sistem hab berkembar antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, yang memperkukuh kedudukan kedua-dua bandar itu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: SAFINA RAMLI


Previous post