Site icon Kool FM

Jurugambar Serang Pereka Fesyen Didakwa Tak Puas Hati, Hutang RM20K Tak Dibayar Sejak 2019


Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, kelihatan muka pereka fesyen itu berdarah akibat dihempuk jurugambar berkenaan.

Menurut laporan Kosmo!, Razman memberitahu bahawa jurugambar tersebut pernah membeli sebuah Suzuki Swift daripada Razmi dengan harga RM20,000. Namun, selepas hampir dua minggu dia mengadu terdapat kerosakan dan meninggalkan kereta tersebut di tepi jalan.

“Kami mengenali dia yang kami anggap seperti adik sudah bertahun-tahun. Sebab itu kami jual kereta tersebut dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Kami juga hantar kereta tersebut ke pusat servis dan cat baharu untuknya.

“Tetapi bila dia mula pakai kereta tersebut, saya lihat dia ‘henyak’ kereta tersebut naik bukit dan sebagainya. Kereta itu bukan Lamborghini. Kereta itu sudah berusia tujuh tahun.

“Dia telefon dan beritahu kereta tersebut rosak. Dia hanya meninggal kereta tersebut dengan meletakkan kunci di atas tayar. Kemudian saya yang uruskan proses ‘towing’ dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version