Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jurugambar Terus Cabut Selepas Dengar Siren, Didakwa Cuba Ceroboh Homestay Untuk ‘Shooting’

today25 September 2025

Background


Penggambaran pra-perkahwinan secara  ‘outdoor’ sudah menjadi popular kerana ramai mahu mendapatkan hasil gambar yang cantik dengan cahaya semula jadi.

Terkini, tular di media sosial mengenai satu kejadian yang memperlihatkan jurugambar bersama krew yang mahu membuat pengambaran perkahwinan untuk sepasang pengantin baharu di sebuah lokasi homestay.

Menerusi video itu, mereka dilihat memenuhi kawasan sebuah rumah homestay yang sedang kian viral kerana mempunyai rekaan yang cantik dan estetik sekaligus menjadi dambaan ramai untuk merakam detik manis sebagai kenangan di situ.

Namun, jurugambar itu dengan selambanya membuka pagar kecil yang dipercayai jambatan kecil sebelum boleh masuk ke kawasan rumah tersebut.

Pemilik rumah dengan pantas membunyikan siren dan langsung kelihatan riak muka lelaki itu gelabah lalu menutup semula pagar tersebut.

Difahamkan mereka tidak meminta keizinan untuk membuat pengambaran perkahwinan di rumah sewa yang betul…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post