Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Jurujual menang peraduan Beli & Menang MR D.I.Y x P&G

today9 February 2022

Background


PETALING JAYA – Seorang pembantu jualan, Nurul Salmie Hanafi, 29, membawa pulang sebuah peralatan memasak pintar, Thermomix TM6 menerusi pe­raduan anjuran peruncit pembaikan rumah, MR D.I.Y. bersama syarikat barangan pengguna, Procter & Gamble Sdn. Bhd. (P&G).

Peraduan tersebut menyaksikan lebih 500 pelanggan bertuah memenangi hadiah bernilai lebih RM80,000, termasuk telefon pintar iPhone 13 Pro, televisyen pintar 55 inci, kerusi gaming dan baucar tunai.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, sebagai peruncit tempatan, pihaknya sentiasa melihat cara baharu untuk memberi keseronokan dan ganjaran buat pelanggan.

“Ini merupakan kali ke-4 kami bekerjasama dengan P&G bagi peraduan Beli & Menang, setiap kali menawarkan hadiah yang lebih menarik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Edisi ke-5 peraduan Beli & Menang MR D.I.Y x P&G sedang berjalan dan bakal berakhir pada 28 Februari ini.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Kadar pengangguran terus menurun – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Kadar pe­ngangguran di negara ini terus merosot kepada 4.2 peratus de­ngan 687,600 orang penganggur direkodkan pada Disember lalu, berdasarkan Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang diterbitkan Jabatan Perangkaan semalam. Ia berbanding kadar pengangguran sebanyak 4.3 peratus, melibatkan 694,400 penganggur yang dicatatkan pada November tahun lalu. Selain itu, bilangan tenaga buruh terus meningkat pada kadar 0.2 peratus kepada 16.34 juta orang, daripada 16.3 juta pada November 2021. Ketua Perangkawan, […]

today9 February 2022