Serdang: Lantik seorang ‘jurulatih’ dari China bagi memberi tunjuk ajar kepada pekerja bagi menarik pelabur dari negara berkenaan.
Itu helah digunakan sebuah syarikat konsultan di Bandar Puteri, Puchong di sini, yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan pelaburan forex di China sejak tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar dalam serbuan Op Nuri yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di pejabat syarikat terbabit…