Hasrat Kim Pan-gon untuk menyertai Ulsan HD kini berdepan dengan halangan dimana kelab itu dilaporkan sedang berbincang dengan jurulatih lain bagi mengisi jawatan sebagai pengendali pasukan.
Menurut laporan media sukan Korea, Ulsan sedang berbincang dengan beberapa calon dan salah satu calon yang berbincang dengan kelab itu ialah jurulatih dari Korea yang aktif dalam saingan Liga China.
Baca Juga:
“Pelantikan jurulatih baharu akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Selain jurulatih Kim (Pan-gon), Ulsan diketahui berhubung dengan pelbagai calon, termasuk jurulatih Korea yang aktif dalam Liga Super China,” dipetik dari news.nate.
Ulsan sedang mencari ketua jurulatih baharu selepas Hong Myung-bo dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu bagi menggantikan Jurgen Klinsmann.

Penghijrahan Pan-gon ke Ulsan bukan perkara asing buatnya susulan skuad Tigers merupakan kelab yang pernah diwakilinya sewaktu bergelar pemain…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: