Khidmat jurulatih dari Malaysia menjadi pilihan kelab Liga Futsal Profesional Indonesia, Rafhely United bagi merencana taktikal pasukan dalam menghadapi saingan musim 2024/25.
Individu yang dimaksudkan ialah Qusmaini Noor Rusli, jurulatih yang memiliki pengalaman luas dalam sukan lima sebelah ini.
Baca Juga:
Perkembangan terkini mengenai pelantikan Qusmaini itu disahkan Rafhely United dalam satu pengumuman rasmi di laman Instagram kelab tersebut.
Beliau hadir ke kelab dari Sumatera Barat itu dengan reputasi sebagai antara jurulatih futsal terbaik pernah dimiliki Malaysia pada ketika ini.
Qusmaini juga masih segar dengan kejayaan manis membimbing skuad Selangor dalam membawa pulang pingat emas buat pertama kalinya di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada Ogos lalu.
Manakala dalam kempen Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 pula meskipun awan mendung melanda skuad bimbingannya iaitu Gombak TOT United ekoran masalah tunggakan gaji, tetapi penerapan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: