Site icon Kool FM

Jurulatih Republik Czechia, Koubek, Letak Jawatan Susulan Kegagalan Di Piala Dunia

Koubek


Persatuan Bola Sepak Republik Czech (FACR) pada Isnin mengumumkan bahawa ia telah berpisah dengan jurulatih skuad kebangsaan, Miroslav Koubek, susulan penyingkiran pasukan itu pada pusingan pertama Piala Dunia.

Pengendali berusia 74 tahun itu membimbing Republik Czech meraih slot Piala Dunia pertama mereka dalam tempoh 20 tahun menerusi kemenangan penentuan sepakan penalti ke atas Ireland dan Denmark dalam aksi play-off Mac lalu.

Namun, skuad Czech gagal menyerlah dalam kejohanan yang dihoskan bersama oleh Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat itu, apabila sekadar mengutip satu mata menerusi keputusan seri 1-1 menentang Afrika Selatan, selain tewas kepada Korea Selatan dan Mexico dalam Kumpulan A.

“Kami telah bersetuju dengan jurulatih Miroslav Koubek untuk menamatkan kerjasama kami,” kata ketua FACR, David Trunda dalam satu kenyataan.

“Dalam satu mesyuarat hari ini, jurulatih itu telah menawarkan peletakan jawatannya dan saya memutuskan untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version