Site icon Kool FM

Jururawat HKL Diserang Lelaki Kurang Siuman, Terima Empat Jahitan Di Kepala


Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipukul di belakang kepala dengan objek keras ketika berjalan kaki menuju ke hentian bas berhadapan sebuah hotel.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata, polis sudah menahan suspek dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.

“Polis menerima laporan pada 10.38 malam daripada jururawat itu yang menyatakan pada 5.10 petang, ketika berjalan kaki, dia dicederakan dengan cara dipukul di belakang kepala menggunakan suatu objek keras oleh seorang lelaki.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis menahan suspek pada 10.11 malam, Sabtu lalu di sekitar lokasi kejadian mangsa dicederakan dan merampas sebilah pisau pemotong kertas dalam milikannya,” 
katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version