Site icon Kool FM

‘#JusticeForMuzahid’ – Siapa Lelaki Warga Bangladesh Maut Insiden Pemandu Mabuk Di Lebuhraya MEX?

'#JusticeForMuzahid' – Siapa Lelaki Warga Bangladesh Maut Insiden Pemandu Mabuk Di Lebuhraya MEX?


Muzahid Millad, pelancong warga Bangladesh yang maut dalam nahas yang disyaki berpunca daripada pemandu mabuk awal pagi semalam, telah dikenal pasti oleh para peminatnya sebagai pencipta kandungan permainan video, Advance Gaming.

Berita kematian beliau telah mencetuskan rasa dukacita dan laungan menuntut keadilan di seluruh media sosial Bangladesh.

Komuniti permainan video dalam talian di Bangladesh giat menyebarkan tanda pagar seperti #JusticeForMuzahid, #JusticeForAdvanceGaming, #BangladeshDemandsJustice dan #advancegaming memandangkan gesaan menuntut pihak yang bersalah dipertanggungjawabkan semakin memuncak susulan kemalangan maut tersebut.

Muzahid, 22, terkorban apabila kenderaan e-Hailing yang membawa beliau bersama isterinya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilanggar di Lebuhraya MEX.

Isterinya, Nafisa Tabassum Adiba, 23, mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Pasangan yang berasal…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version