Site icon Kool FM

Juventus Kalah 1-4 Dan Dipotong 10 Mata Pada Hari Yang Sama


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Juventus kini dijatuhkan penalti terbaru iaitu pemotongan 10 mata pada hari Isnin oleh mahkamah Itali — menghalang peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara tahun depan.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC).

Hukuman terbaru untuk laporan perakaunan palsu dalam urusan perpindahan kelab itu menjatuhkan Juventus daripada tempat kedua Serie A kepada ketujuh.

Ia membuatkan Bianconeri 5 mata di belakang AC Milan, yang berada di tempat keempat dalam Serie A dan tempat kelayakan terakhir untuk Liga Juara-Juara.

Berikutan pengumuman itu, Juventus turut menelan kekalahan 4-1 di tangan Empoli. Ianya selepas pada minggu lalu mereka disingkirkan Sevilla daripada UEL.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version