Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kehadiran bekas penggempur Pahang pada musim 2017, Matheus Alves membuktikan Negeri Sembilan FC cukup serius dalam memberikan cabaran hebat dalam pentas Liga Super musim ini.
Itu keazaman daripada ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan selepas gembira mendapatkan seorang penyerang yang terbukti berpengalaman di Liga Malaysia selain masih berada di tahap prestasi terbaik.
Beliau optimis Alves mampu memberi impak terhadap kualiti serangan Negeri Sembilan selain dibantu pemain-pemain tempatan seperti Zaquan Adha dan Sean Eugene Selvaraj.
“Alves pernah bermain dengan Pahang pada musim 2017 dan jika kita melihat pada statistik semasa bermain di sana, banyak gol yang dia telah hasilkan.
“Selepas itu dia ada pengalaman bermain dua musim di Thailand sebelum ke Korea Selatan, bermain untuk K League 2 dan jelas dia masih berada di tahap terbaik.
“Melalui jaringan-jaringan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
