
CYBERJAYA – Pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan individu itu menjadi guru terbaik untuknya meneruskan kelangsungan hidup, malah menjadikannya satu batu loncatan untuk menjadi penggerak mengubah kehidupan menjadi lebih baik.
Berkhidmat dalam dunia perbankan hampir 10 tahun, bukanlah menjadi lesen besar untuk hidup bebas dan kebal daripada terjerat daripada hutang, malah individu ini yang kini bergelar perunding kewangan, Khairi Aizat Hasan ketika itu terjebak dengan himpunan hutang yang banyak.
Terdedah dengan gaya hidup moden kerana memiliki gaji lima angka sebulan dan tiada pelan perancangan kewangan serta disiplin yang ketat membuatkan usahawan ini mula melalui fasa gelap dalam hidupnya sehinggakan beberapa aset yang dimilikinya terpaksa di sita, malah tekanan hutang keliling pinggang membuatkan diari hidupnya semakin terhimpit.
Belajar daripada kesilapan tersebut, beliau mula bangkit lantas meninggalkan dunia korporat tetapi melangkah dengan semangat yang kuat di dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: