Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kad Merah Lagi? Jean-Clair Todibo Pernah Cipta Rekod Yang Sukar Dilupakan

today1 February 2026

Background
Jean-Clair Todibo


Insiden kad merah yang diterima pemain pertahanan West Ham United, Jean-Clair Todibo selepas mencekik Joao Pedro pada lewat aksi bertemu Chelsea awal pagi tadi nyata mencuri tumpuan peminat bola sepak Eropah.

Ketegangan mula berlaku selepas Adama Traore ‘menghumban’ Marc Cucurella di penjuru kiri pintu gol Chelsea.

Pedro melakukan tindak balas dengan menolak Traore dan kemudiannya keadaan menjadi tidak terkawal hingga menyebabkan Todibo mencekik penjaring gol pertama Chelsea pada perlawanan tersebut.

Setelah rujukan Video Assistant Referee (VAR) dibuat, pengadil tidak teragak-agak ‘menghadiahkan’ kad merah buat Todibo.

Tindakan tersebut bukan sahaja mencetuskan kontroversi, malah kembali mengingatkan terhadap satu episod hitam lain dalam karier bek Perancis itu.

Sisi ‘Buruk’ Jean-Clair Todibo

Pada musim 2022/23, perlawanan kelapan Ligue 1 menentang Angers SCO di Allianz Riviera menjadi antara detik paling malang buat beliau yang ketika…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post